Bukan Islam dalam PAS mahu Hadi ganti Najib jadi PM

ALOR SETAR, 4 Syaaban 1438H, Isnin – Kredibiliti Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik hati golongan bukan Islam dalam PAS apabila meminta presiden parti itu menjadi perdana menteri menggantikan Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), N Balasubramaniam berkata, mereka mahu melihat Hadi menjadi perdana menteri, kemudian diikuti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, sebab memilih Hadi dan Tuan Ibrahim kerana dua tokoh itu mewarisi perjuangan Nabi Muhammad.

Selain itu beliau berkata, pemilihan Hadi kelak juga dapat menamatkan dinasti UMNO dan Barisan Nasional (BN) daripada terus menjadi ketua kerajaan.

“Semoga tiada lagi perdana menteri selepas ini dari Umno. Kenapa kami mahu PAS? Sebab ingin melihat PAS memerintah Malaysia dengan keadilan untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan pada Muktamar PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah, hari ini.

Selain itu, Balasubramaniam turut menyeru orang bukan Islam di luar PAS untuk tidak takut kepada parti Islam ini.

Ini kerana katanya, PAS tidak pernah memaksa penganut agama lain memeluk Islam.

“Rakan saya dari bukan Islam tidak perlu takut dengan Islam yang dibawa PAS dan kami dari DHPP sejak sekian lama bersama PAS, kami tidak pernah dipaksa ulama PAS supaya masuk Islam.

“Kami berada dalam PAS sebab kami sudah lunak dengan Islam yang dibawa PAS, Sebab itu kami tidak cemas bila PAS bentang RUU 355 kerana dia hanya untuk Islam sahaja,” katanya.

The post Bukan Islam dalam PAS mahu Hadi ganti Najib jadi PM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?