Dalian Wanda tunggu kebenaran kerajaan China beli saham Bandar Malaysia

BANGI, 15 Syaaban 1438H, Jumaat – Dengan beberapa pihak mencadangkan perjanjian pembelian saham Bandar Malaysia boleh dimuktamatkan tatkala Datuk Seri Najib Razak berada di Beijing minggu depan, konglomerat hartanah dan hiburan China Dalian Wanda Group (DWG), masih menunggu keizinan kerajaan republik itu membuat pelaburan besar di Malaysia.

Walaupun, DWG dimiliki sepenuhnya oleh jutawan China, Wang Jianlin, namun langkah kawalan modal dilaksanakan Beijing bagi menghalang pengaliran keluar mata wang negara itu dengan besar, mungkin menjejaskan pembelian saham Bandar Malaysia.

Namun, tawaran yang dianggap strategi dan munasabah tidak mampu ditolak oleh DWG yang sebelum ini sememangnya berminat untuk memajukan Bandar Malaysia.

Pengarah Urusan sebuah syarikat pelaburan ekuiti di Kaiyuan, China, Brock Silvers berkata, Bandar Malaysia adalah projek yang diminati oleh DWG dan tidak mustahil mereka akan menerima tawaran itu.

“Langkah kawalan modal oleh Beijing tidak akan menjadi penghalang kepada perjanjian itu. China baru-baru ini, telah bertindak balas dengan kawalan mata wang berkaitan luar pesisir dan pelaburan, tetapi perkara ini telah disalahfaham,” katanya.

Katanya, kawalan tukaran itu tidak mengatakan semua urusan pelaburan di luar negara sudah berakhir, sebaliknya kerajaan China hanya mahu campur tangan dalam membuat keputusan terhadap mana-mana projek yang layak diberi sokongan, bukan mengenai mata wang, tetapi risiko yang bakal dihadapi.

Baru-baru ini, heboh diperkatakan mengenai kegagalan rancangan projek menjadikan bekas Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi, sebagai bandar moden yang keseluruhan pembangunannya, membabitkan kos kira-kira RM200 bilion.

Kegagalan itu, jika mengikut kenyataan TRX City Sdn Bhd, syarikat di bawah Kementerian Kewangan, adalah kerana firma tempatan, Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), milik taikun tempatan, Lim Kang Hoo dan syarikat milik negara China, China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC), gagal membuat bayaran membeli saham Bandar Malaysia.

IWH dan CREC – IWH CREC Sdn Bhd (IWH CREC) – gagal membayar RM7.41 bilion bagi membeli 60 peratus saham Bandar Malaysia. Menurut laporan, arahan pembatalan itu dikeluarkan oleh Najib sendiri.

Berikutan kegagalan itu, DWG menunjukkan minat untuk membeli saham terbesar Bandar Malaysia. Malah, difahamkan bahawa perbincangan antara Kementerian Kewangan dan DWG masih berjalan.

Menurut laporan, Najib tidak melihat kebelakang sebaliknya meneruskan usaha untuk menjayakan perjanjian dengan rakan kongsi baharu dari China. DWG juga dilaporkan sedang menunggu kelulusan daripada pengawal selia kewangan Beijing untuk membuat pelaburan.

Jika pelan yang dicadangkan itu mendapat lampu hijau daripada kerajaan China, perjanjian dijangka ditandatangani ketika Najib mengadakan lawatan ke Beijing, minggu depan. – Agensi

The post Dalian Wanda tunggu kebenaran kerajaan China beli saham Bandar Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian