DAP parti sosialisme, sekular dan liberalisme: Ulama PAS Selangor

BANGI, 7 Syaaban 1438H, Khamis – Parti rasis dan cauvinis DAP di bawah Pakatan Harapan adalah parti sosialisme, sekular dan liberalisme.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor yang menyifatkan parti itu sedemikian berkata, Pakatan Harapan pimpinan DAP adalah lebih jauh daripada Islam yang menolak secara langsung fungsi dan peranan agama dalam kehidupan lebih-lebih lagi Islam.

Mengulas lanjut berkenaan tuduhan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengatakan PAS sesat dalam politik, beliau berkata, ia adalah semata-mata untuk memburukkan PAS hanya disebabkan PAS terus istiqamah dengan prinsipnya dan bergerak berpandukan petunjuk wahyu al-Quran dan Hadis.

“Mana mungkin mereka DAP, PKR dan PAN memahami perjuangan dan cara PAS berjuang kalau mereka tidak memahami al-Quran dan Hadis atau menolak panduan kedua-duanya dalam urusan politik.

“PAS konsisten berpandukan al-Quran dan Hadis, Ijmak dan Qiyas dalam apa jua dalam setiap keputusan dan tindakan malah sentiasa dipantau oleh Majlis Syura Ulamak agar PAS tetap utuh dengan dasar Islam.

“Setiap isu negara, politik dan semasa ditangani PAS berprinsip dan berpandukan hidayah Islam.

“Penyertaan PAS di lapangan politik pilihan raya merupakan ijtihad berani PAS berpandukan empat sumber Islam bahawa pendekatan muwajahah silmiyah adalah seutama-utama jalan dan taktik bagi menyampaikan Islam dalam konteks dan ruang lingkup prinsip demokrasi,” tegasnya.

Pada masa sama, beliau berkata, PAS memahami realiti politik dalam negara bahawa diversiti bangsa dan agama adalah satu hakikat yang mesti diraikan oleh PAS.

Beliau menjelaskan, tahaluf merupakan kaedah strategik untuk membuka laluan dakwah yang lebih luas kepada PAS.

“Maka asas utama PAS bertahaluf dengan mana-mana pihak adalah dakwah Islam, selagi ia dibenarkan dan tidak dihalang. Tetapi sekiranya asas ini tidak jelas atau dikekang, maka pada waktu itu tahaluf tidak dibenarkan.

“Dasar perjuangan UMNO BN, DAP dan PH lain adalah bagi pandangan PAS tidak selari dengan maksud Islam sebenar yang dipasakkan dalam perlembagaan dan dengan itu PAS terus dan tetap dengan perjuangannya bagi memastikan Islam sebenar itu dapat dipraktikkan.

“UMNO BN dengan dasar Nasionalisme Sekularisme yang tidak selari dengan prinsip Islam walaupun ada beberapa sumbangan pada sebahagian syiar Islam.

“Pakatan Harapan pimpinan DAP adalah lebih jauh daripada Islam iaitu sosialisme, sekular, liberalisme yang menolak secara langsung fungsi dan peranan agama dalam kehidupan lebih-lebih lagi Islam.

“Atas sebab itu, PAS selama kedua-dua jalur tersebut yang tidak berta’abbud dan tunduk kepada Islam yang syumul, selama itu PAS akan tetap berjuang dan istiqamah dalam arena politik demokrasi di negara ini,” tegasnya.

The post DAP parti sosialisme, sekular dan liberalisme: Ulama PAS Selangor appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?