Dua hospital di Jakarta diserang ‘ransomware’

JAKARTA, 18 Syaaban 1438H, Isnin – Sekurang-kurangnya dua hospital utama di sini terjejas selepas diserang ‘ransomware’ – perisian yang direka untuk menyekat akses kepada sistem komputer sehingga sejumlah wang dibayar.

Ketua Pengarah Komunikasi dan Maklumat Indonesia, Semuel Pangerapan berkata, Hospital Dharmais dan Hospital Harapan Kita diserang perisian berkenaan yang meminta bayaran antara AS$300 (RM1,303) hingga AS$600 (RM2,607) bagi membolehkan akses dipulihkan.

Katanya, usaha sedang dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa lain bagi memperbaiki pelayan yang dijangkiti ‘ransomware’ daripada terus merebak.

Pemeras siber menipu mangsa dengan menghantar e-mel spam yang kelihatan mengandungi invois, tawaran kerja, amaran keselamatan serta lain-lain fail yang dilihat seperti tulen.

‘Ransomware’ dikatakan dibangunkan oleh Agensi Keselamatan Amerika Syarikat (AS) sebelum dicuri pihak tidak bertanggungjawab kini dilaporkan telah menjejaskan ratusan ribu komputer di 100 negara.

Hampir semua komputer di kedua-dua hospital berkenaan dijangkiti virus yang mengunci sistem teknologi maklumat, serta rekod perubatan pesakit dan bil.

Hospital, syarikat dan universiti di seluruh dunia dilaporkan terjejas akibat ‘ransomware’, dengan serangan paling teruk dilaporkan berlaku di Britain. – Agensi

The post Dua hospital di Jakarta diserang ‘ransomware’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian