Dua militan rakyat Malaysia dipercayai terbunuh di Filipina

KOTA KINABALU, 29 Syaaban 1438H, Jumaat – Dua militan Daesh yang dipercayai rakyat Malaysia dilaporkan terbunuh dalam pertempuran dengan askar Filipina di wilayah selatan Mindanao malam tadi.

Abduraman Asmawi dari Kelantan dan Dr Kamsa Yahya yang berasal dari Kedah merupakan antara 13 anggota militan tersebut yang terbunuh.

Selain itu, sumber memaklumkan, militan dari Indonesia, Sheikh Ayman Marjuki dan Sheikh Ahmad Belfaki yang berasal dari Arab Saudi dipercayai turut terkorban dalam pertempuran di pekan Marawi yang terletak di tengah-tengah Mindanao.

Manakala, bekas pensyarah Universiti Malaya, Dr Mahmud Ahmad yang bekerja dengan pemimpin Abu Sayyaf, Isninon Hapilon dan dipercayai turut berada di wilayah berkenaan masih belum diketahui.

Operasi askar Filipina di selatan negara itu semakin dipergiat selepas Presidennya, Rodrigo Duterter mengisytiharkan pemerintahan tentera di wilayah-wilayah di situ sebagai usaha menghapuskan militan Abu Sayyaf dan Daesh.

The post Dua militan rakyat Malaysia dipercayai terbunuh di Filipina appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian