DUKE Fasa 2 dibuka untuk laluan kenderaan malam ini

KUALA LUMPUR, 26 Syaaban 1438H, Selasa – Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Fasa 2 yang menghubungkan Jalan Tun Razak ke Jalan Tuanku Abdul Halim dan Karak mula dibuka untuk pengguna jalan raya 8 malam ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan itu akan membantu menyelesaikan kesesakan yang berlaku di Bulatan Pahang.

“Ini berita baik kepada penduduk Lembah Klang kerana laluan ini bukan sahaja mengurangkan kesesakan malah memudahkan mereka untuk ke Hospital Kuala Lumpur.

“Kadar kesesakan yang akan dikurangkan apabila siap keseluruhan kelak adalah lebih kurang 40 peratus,” katanya selepas merasmikan pembukaan Lebuhraya DUKE Fasa 2 di sini hari ini.

Beliau berkata, projek itu merupakan sebahagian daripada perancangan besar kerajaan untuk memastikan lingkaran jalan ‘GreaterKL’ dapat disempurnakan.

Fadillah berkata, DUKE Fasa 2 melibatkan kos sebanyak RM1.2 bilion terdiri daripada dua sambungan lebuh raya iaitu Tun Razak Link sepanjang sembilan kilometer dan Sri Damansara Link (tujuh kilometer).

“Secara keseluruhan kami jangka siap sepenuhnya antara Ogos atau September ini. Ia kini 97 peratus siap,” katanya.

Projek DUKE Fasa 2 dikendalikan Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd dengan kerjasama Ekovest.- Bernama

The post DUKE Fasa 2 dibuka untuk laluan kenderaan malam ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian