Emmanuel Macron dipilih sebagai Presiden Perancis
PARIS, 11 Syaaban 1438H, Isnin – Calon berhaluan tengah Perancis, Emmanuel Macron memenangi Pilihan Raya Presiden negara itu, sekaligus menewaskan pencabarnya, Marine Le Pen dalam Pilihan Raya Presiden, semalam.
Kemenangan Macron itu berjaya memecahkan dominasi sebagai presiden pertama bukan dari parti arus perdana Perancis, sekaligus menjadi presiden termuda negara itu.
Keputusan akhir pada Ahad menunjukkan Macron memperoleh lebih 65 peratus undi berbanding 34 peratus undi yang diterima Le Pen.
Kekalahan Le Pen juga menjadi kelegaan kepada sekutu Eropah, ekoran ikrar nasionalis sayap kanan itu yang mengancam untuk menarik diri daripada Kesatuan Eropah (EU).
Macron, 39, merupakan bekas pegawai pelaburan bank yang pernah berkhidmat selama dua tahun sebagai menteri ekonomi – kini menjadi pemimpin termuda Perancis sejak Napoleon.- Agensi
The post Emmanuel Macron dipilih sebagai Presiden Perancis appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan