FAM tak setuju pasukan Malaysia ke Pyongyang

KUALA LUMPUR, 14 Syaaban 1438H, Khamis – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak bersetuju untuk melepas pasukan Malaysia berentap di Korea Utara.

Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, beliau amat mengambil berat berkenaan isu keselamatan pemain negara dan agak sukar baginya dalam situasi ini untuk melepaskan mereka ke sana.

“Saya ingin menjelaskan sedikit tentang isu berhubung perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan ‘AFC Asian Cup UAE’ 2019 Peringkat Kumpulan B yang akan diadakan di Pyongyang, Korea Utara pada 8 Jun 2017 nanti.

“Seperti mana sedia maklum, kerajaan Malaysia tidak menggalakkan pasukan Harimau Malaya untuk pergi ke negara Korea Utara disebabkan oleh isu diplomatik yang sedang berlaku sekarang ini.

“Walau bagaimanapun, sehingga kini kerajaan Malaysia tidak ada mengeluarkan sekatan perjalanan cuma nasihat mengenai perjalanan (Travel Advisory) dan itu tidak mencukupi untuk Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menukarkan venue perlawanan asal ke venue neutral.

“Apa-apa pun saya sebagai Presiden FAM tidak setuju sama sekali untuk kami pergi ke Korea Utara tetapi keputusan tersebut terletak pada kerajaan dan Menteri Sukan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada penyokong serta kerajaan Malaysia untuk menentukan sama ada skuad bola sepak negara perlu ke Korea Utara atau sebaliknya.

“Bagi saya keutamaan adalah keselamatan rakyat Malaysia. Kami harus membuat keputusan untuk meletakkan keselamatan rakyat sebagai agenda pertama dan bukan membuat keputusan berdasarkan situasi politik.

“Perkara ini terletak kepada apa kerajaan Malaysia dan penyokong bola sepak tanah air inginkan,” katanya.

The post FAM tak setuju pasukan Malaysia ke Pyongyang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian