Futsal For Syria pupuk sifat kepedulian dalam diri remaja dan belia

Oleh: Hafiz Akbal

Nilai, 7 Mei 2017- “Anak muda, belia dan remaja perlu ambil tahu dan cakna apa yang terjadi dengan saudara seislam kita di luar sana” kata Ustaz Mohd Azizee Hassan, Yang Dipertua Isma Nilai ketika ucapan perasmian penutup dalam program Futsal For Syria yang telah diadakan di Ultimate Sport Haus, Bandar Baru Nilai.

Disamping menerangkan tentang isu semasa yang berlaku di Syria, beliau turut menggalakkan para belia di luar sana agar terlibat aktif dalam aktiviti-aktiviti sebegini.

Ujarnya, “Kita perlu mengambil tempat dalam aktiviti-aktiviti seperti ini sebagai tanda peduli dan prihatin kita terhadap keadaan mereka di sana.”

Pertandingan Futsal For Syria ini telah dianjurkan oleh Pemuda Isma Nilai dengan kerjasama Kelab Remaja Isma (KRIM) Nilai yang bertujuan untuk mengumpul dana untuk di salurkan kepada rakyat Syria melalui Aman Palestin Negeri Sembilan.

Menurut saudara Azizi Istakal selaku pengarah program berkata, “Program seperti ini merupakan cetusan semangat sahaja, apa-apa sekalipun kita yang menentukan sama ada kita nak peduli atas mereka atau tidak.”

Tambahnya, “Saya berharap agar kepedulian kita terhadap Syria ataupun umat Islam yang lain diteruskan juga walaupun selepas program ini berakhir atau dalam aktiviti-aktiviti yang lain.”

Futsal amal ini telah mengumpulkan sebanyak 14 kumpulan yang dibahagikan kepada 2 kategori iaitu remaja, umur lingkungan 13-17 tahun dan belia yang terdiri daripada umur 18-35 tahun.

Sambutan yang menggalakkan ini menunjukkan bahawa para remaja dan belia masih lagi mengambil peduli akan nasib saudara seIslam kita di sana.

Semoga program sebegini dapat diteruskan dan tahniah kepada semua peserta dan pemenang.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian