GAPENA mahu bahasa Melayu dipertahankan dalam pembinaan negara bangsa

KUALA LUMPUR, 18 Syaaban 1438H, Isnin – Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Datuk Zainal Abidin Borhan menggesa seluruh struktur pemerintahan dalam negara untuk mempertahankan bahasa Melayu.

Beliau berkata, sebagai negara berbilang kaum, bangsa, agama dan budaya, bahasa Melayu perlu dipertahankan terutama dalam pembinaan negara bangsa yang bersatu padu.

Bahasa Melayu juga menurutnya, tidak boleh diruntuhkan perkembangan dan pertumbuhannya yang sudah terbentuk sejak sekian lama.

“Bahasa Melayu tidak setakat menjadi bahasa komunikasi, perpaduan, perundangan dan bahasa rasmi dalam pemerintahan tetapi lebih utama lagi sebagai induk dalam konsep pembentukan negara bangsa,” katanya pada ucapan perasmian bersempena Mesyuarat Agung GAPENA ke-46, di sini.

Pada masa sama, beliau meluahkan rasa sedih apabila alasan yang digunakan bagi mewajarkan penggunaan bahasa Inggeris ialah kerana ia dikatakan berupaya mempertingkat daya saing dan modal insan masyarakat hari ini.

“GAPENA bukan antibahasa Inggeris dan menyokong usaha kerajaan mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa berkenaan tetapi kami cuma menentang sekiranya ia digunakan bagi mengambil alih peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

“Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sendiri menetapkan kaedah terbaik manusia mempelajari ilmu baharu adalah melalui bahasanya sendiri dan ini menafikan hak anak kampung dan luar bandar untuk memperoleh ilmu pengetahuan,” katanya.

The post GAPENA mahu bahasa Melayu dipertahankan dalam pembinaan negara bangsa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian