Guru agama, pesara tentera antara ditahan terlibat Daesh

KUALA LUMPUR, 1 Ramadan 1438H, Sabtu – Suspek bertanggungjawab menyeludup senjata api untuk anggota militan IS yang melarikan diri ke Thailand pada Mac lalu telah menyerah diri kepada pihak polis.

Muhammad Muzafa Arieff Junaidi, 27, adalah antara enam suspek militan yang ditahan polis menerusi operasi Cawangan Khas Bahagian Counter Terrorism Bukit Aman di Kelantan, Selangor, Perak dan Kedah pada 23 hingga 26 Mei lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Muhammad Muzafa menyerah diri kepada polis di Rantau Panjang, Kelantan pada 23 Mei lepas.

“Dia sebelum ini melarikan diri ke selatan Thailanda pada 22 Mac selepas menjalankan kegiatan penyeludupan senjata jenis M4 Carbine dan pistol.

“Susulan itu, polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan suspek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menerusi kenyataan sama, Khalid berkata tangkapan kedua membabitkan dua orang adik-beradik – seorang guru agama berusia 23 tahun dan peniaga online berusia 29 tahun di Perak dan Kedah.

“Mereka ditangkap pada 25 dan 26 Mei kerana disyaki bertanggungjawab menyokong dan membantu pergerakan kumpulan pengganas Daesh di Syria, melalui Muhammad Fudhail Omar Wan Zainal,” katanya.

Sementara tangkapan ketiga dibuat pada 25 Mei membabitkan seorang pesara tentera berusia 54 tahun di Kedah, yang bertanggungjawab menyalurkan lebih RM20,000 kepada militan Daesh.

“Tangkapan keempat dibuat pada 25 Mei 2017 ke atas dua suspek di Selangor dan Kedah, masing-masing berusia 31 dan 33 tahun.

“Keenam-enam suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab Via – kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747),” katanya.

The post Guru agama, pesara tentera antara ditahan terlibat Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian