Guru Tai Chi dikalahkan dalam masa 10 saat

SICHUAN, 11 Syaaban 1438H, Isnin– Satu video memaparkan seorang guru Tai Chi, Wei Li yang tumpas dalam masa 10 saat ketika perlawanan antaranya dengan jurulatih seni tempur campuran (MMA), Xu Xiaodong menjadi tular di laman sosial.

Video berdurasi 51 saat itu mencetuskan perdebatan di kalangan netizen kerana menyifatkan Xu memperkecilkan seni bela diri tradisional masyarakat Cina itu.

Xu kemudian mengeluarkan satu cabaran terbuka kepada semua pakar seni mempertahankan diri Cina untuk berlawan dengannya dan memaklumkan bahawa dia akan menyiarkan perlawanan itu di seluruh negara dengan menawarkan hadiah berbentuk wang berjumlah RMB $ 1.2 juta.

Xu menegaskan bahawa dia mahu “melawan penipuan” kerana terlalu ramai orang yang mengaku sebagai pakar kung fu tetapi sebenarnya lemah dalam amalan ini.

Mewar-warkan perlawanan itu dalam laman sosial Weibo, Xu memaklumkan bahawa dia boleh berlawan dengan dua atau tiga daripada mereka pada masa yang sama.

Dia mahukan perlawanan itu berlangsung selama 10 minit bagi satu sesi dan membenarkan tendangan ke pangkal paha dan juga mencucuk mata.

Sementara itu, Pengasas Syarikat Minuman Tiandi, Chen Sheng pula menawarkan hadiah berjumlah 10 juta yuan (RM6.3 juta) kepada sesiapa yang mampu menewaskan Xu.

Hadiah wang tunai itu akan dibahagikan untuk lima perlawanan berasingan menentang Xu.

Chen juga membenarkan Xu mengambil hadiah berkenaan sekiranya dia memenangi pertandingan berkenaan. – Agensi

The post Guru Tai Chi dikalahkan dalam masa 10 saat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?