Harga petrol naik 7 sen, diesel naik 4 sen
BANGI, 20 Syaaban 1438H, Rabu – Harga runcit siling bahan api mengalami kenaikan bermula tengah malam ini selepas turun tiga minggu berturut-turut sejak 4 Mei lalu.
Menerusi Berita N5 yang disiarkan stesen RTM1 jam 5 petang tadi, harga runcit bagi RON95 dan RON97 naik sebanyak 7 sen seliter.
Ini bermakna, harga baharu berkenaan menjadikan RON95 kepada RM2.08 berbanding sebelum ini RM2.01 seliter dan RON97 sebanyak RM2.36 seliter.
Sementara, harga runcit bagi diesel pula pula diumumkan naik sebanyak 4 sen seliter, kepada RM1.99 seliter.
Kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum itu bermula dari jam 12.01 tengah malam ini sehingga 11.59 malam pada 24 Mei depan.
The post Harga petrol naik 7 sen, diesel naik 4 sen appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan