Hukuman sebat 20 kali jika jual makanan sebelum jam 4 petang

LHOKUSUKON (ACHEH), 5 Ramadan 1438H, Rabu – Pihak berkuasa Aceh Utara memberi amaran kepada peniaga supaya tidak menjual juadah berbuka puasa sebelum jam 4 petang waktu tempatan.

Ketua Willayatul Hisbah Aceh Utara, Tgk Mursalin berkata, mereka yang melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan berdasarkan Kanun Akidah, Ibadah dan Syariah dengan hukuman sebat maksimum 20 kali.

“Kita berharap peniaga dan masyarakat semuanya mematuhi syarat yang sudah ditetapkan untuk berniaga sepanjang Ramadan,” katanya.

Menurutnya, peniaga juga dilarang membuka warung atau gerai sepanjang waktu Maghrib sehingga selesai solat Tarawih.

Larangan berkenaan turut meliputi kedai telekomunikasi dan internet.

Kepada penduduk yang bukan beragama Islam, Tgk Mursalin menasihatkan mereka agar menghormati muslim di kawasan berkenaan yang menjalani ibadah sepanjang Ramadan. – Agensi

The post Hukuman sebat 20 kali jika jual makanan sebelum jam 4 petang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?