Ijtimak Khas Isma Kajang bersama NYDP Isma

KAJANG, 10 Mei – Satu sesi ijtimak khas antara Naib Presiden Isma, Prof. Dr. Zainur Rashid Zainuddin, merangkap Pengerusi Kluster Tarbiah dan ahli-ahli Isma Kajang telah diadakan semalam di Dewan Maghfirah Pustaka Sdn. Bhd., Taman Putra Kajang.

Majlis ini berjaya menghimpunkan seramai 55 orang ahli Isma Kajang. Panelis yang lebih dikenali sebagai Dr. Zain itu disambut baik oleh semua hadirin yang teruja untuk mendengar perbahasan Ucapan Dasar Presiden Isma pada Mesyuarat Agong Tahunan ke-20 yang lalu daripada beliau.

Sepanjang program, Dr. Zain telah mengupas beberapa kandungan penting mengenai ucapan tersebut seperti sejarah latar belakang Isma, isu antarabangsa, isu nasional dan pandangan strategik Isma.

Namun, apa yang lebih penting dalam keseluruhan kandungan tersebut adalah persediaan ahli Isma untuk menjadi sumber kekuatan perajurit dakwah dengan berbangga dengan perjuangan dan berasa mulia dengan intima’ (kesatuan).

Beliau turut menambah lagi, “Isma mahu ahli-ahlinya berasa seronok dengan tarbiah”. Hal ini kerana, ahli yang berasa bosan dengan tarbiah akan gagal memanfaatkan dirinya untuk dakwah dan tanzim.

Lantaran itu juga, Nazrul Hakim, salah seorang daripada ahli Isma mengulas, “ Mendengar pembentangan daripada wakil pusat membuatkan saya lebih sedar akan tanggungjawab saya terhadap perjuangan dakwah masa depan Isma”.

Selain itu, terdapat juga peserta berpendapat bahawa Isma perlu memandang serius terhadap penggarapan ahli dalam kalangan remaja dan belia kerana mereka adalah sumber pelapis dan kekuatan organisasi di masa hadapan.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian