JAINJ disaran tapis kemasukan pelajar tahfiz

Sumber foto: Shahir Omar

ISKANDAR PUTERI, 14 Syaaban 1438H, Khamis – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) hari ini disaran agar melakukan tapisan terhadap kemasukan pelajar ke pusat tahfiz bagi mengelakkan sebarang isu berbangkit pada masa depan.

Rasman Ithnain (BN-Sedili) berkata, saranan itu dibuat berikutan terdapat peningkatan pelajar memasuki pusat tahfiz akhir-akhir ini.

Peningkatan ini, katanya, tidak dinafikan berpunca daripada segelintir ibu bapa yang tidak mampu mengawal sikap anak-anak lalu memilih untuk menghantar mereka ke pusat tahfiz. 

“Mereka dihantar dengan harapan dapat berubah tetapi saya harap proses pengambilan di pusat tahfiz perlulah sama seperti di asrama.

“Maknanya, pelajar akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian saringan air kencing kerana walaupun insiden yang berlaku di sebuah pusat tahfiz baru-baru ini masih dalam siasatan tetapi kita tidak mahu ia berulang,” katanya.

Rasman mengemukakan cadangan berkenaan ketika sesi perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-13 di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, seorang wakil rakyat pula mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya memperluaskan program Bas Muafakat Johor ke peringkat sekolah demi membantu pelajar yang memerlukan. 

Datuk Adam Sumiru (BN-Tanjung Puteri) berkata permit mengendalikan bas juga perlu diberikan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memudahkan ia mengenal pasti pelajar yang layak.

Bas Muafakat itu yang disediakan secara percuma adalah inisiatif Perbadanan Pengangkutan Awam Johor untuk mengurangkan beban masyarakat tempatan akibat  kos sara hidup yang tinggi. – Bernama 

The post JAINJ disaran tapis kemasukan pelajar tahfiz appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian