Jangan naikkan harga biskut raya: KPDNKK

GEORGE TOWN, 24 Syaaban 1438H, Ahad — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) meminta peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga biskut raya pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya akan memantau dari semasa ke semasa perkara berkenaan dan tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual biskut raya dengan harga tinggi.

“Sebab itu, kita melancarkan lebih awal 10 barang kawalan dalam Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 bagi membantu pengguna dan juga peniaga yang membuat kuih dan biskut raya untuk menstabilkan harga kuih-kuih yang mereka buat nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan  ke-45 Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad, di sini semalam.

Beliau berkata skim kawalan bagi 10 barangan itu yang pertama kali diadakan adalah hasil cetusan idea rakyat dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Katanya menerusi skim kawalan harga terhadap 10 barang terbabit, peniaga kuih raya dapat menjadikan ia sebagai panduan untuk tidak menaikkan harga barangan yang bakal dijual nanti.

Kelmarin kementerian menyenaraikan 10 barangan dalam Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017 selama 10 hari bermula 22 Mei hingga 31 Mei ini, di seluruh negara.

Barangan berkenaan adalah kacang tanah; kacang hijau; telur ayam gred A, B dan C; kelapa biji; kelapa parut; gula pasir putih halus dan kasar serta tepung gandum.

Hamzah berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap peniaga yang ingkar daripada mematuhi peraturan skim berkenaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Pada masa sama, Hamzah berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kenaikan harga barang menjelang bulan Ramadan tidak lama lagi.

Beliau, bagaimanapun berkata kementerian menjangkakan perkara terbabit akan berlaku dan atas sebab itu, pihaknya melaksanakan skim kawalan harga sempena Ramadan dengan lebih awal. — Bernama

– See more at: http://ift.tt/2pXFB4k

The post Jangan naikkan harga biskut raya: KPDNKK appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian