Jumlah mangsa banjir di Temerloh catat peningkatan

KUANTAN, 15 Syaaban 1438H, Jumaat – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara di Temerloh terus meningkat kepada 958 orang pagi ini 831 mangsa malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Zainal Yusoff berkata, Sekolah Kebangsaan Desa Bakti menempatkan jumlah paling ramai iaitu 573 orang daripada 169 keluarga.

“Tiga lagi pusat pemindahan sementara yang dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Batu Kapor turut mencatatkan pertambahan bilangan mangsa kepada 368 orang daripada 115 keluarga berbanding 267 orang malam tadi.

“Dewan Serbaguna Sungai Buloh bertambah lagi seorang menjadi 11 mangsa daripada empat keluarga manakala jumlah mangsa di Surau Kampung Bongsu masih kekal enam orang daripada dua keluarga,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, paras air di kawasan Mentakab mula menunjukkan trend menurun, bagaimanapun semua agensi yang terlibat berada dalam keadaan siap sedia untuk sebarang kemungkinan.- Bernama

The post Jumlah mangsa banjir di Temerloh catat peningkatan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian