Kadar literasi rakyat Malaysia hampir 95 peratus


KUALA LUMPUR, 8 Syaaban 1438H, Jumaat – Kadar literasi rakyat Malaysia secara umumnya sudah menjangkau 94.64 peratus berdasarkan laporan yang dikeluarkan badan antarabangsa, kata Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Nafisah Ahmad.

Beliau berkata laporan ‘Adult and Youth Literacy : National Regional and Global Trends 1985-2015’ yang diterbitkan oleh UNESCO Institute for Statistic (UIS) mengklasifikasikan peratusan itu terhadap literasi dalam kalangan rakyat berumur 15 tahun ke atas di Malaysia.

“Tahap pengukuran yang ditetapkan oleh UIS agak tinggi dan kita merujuk kepada laporan mereka bagi mengelakkan kekeliruan,” katanya kepada Bernama mengulas laporan media baru-baru ini berhubung kadar literasi rakyat Malaysia yang masih berada pada tahap 55 peratus.

Sehubungan itu, Nafisah berkata tumpuan PNM ketika ini adalah untuk meningkatkan tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih berada pada tahap kurang memuaskan.

“Secara purata, setiap penduduk di Malaysia hanya membaca sebanyak 15 buah buku setahun berdasarkan kajian interim tabiat membaca yang PNM lakukan pada 2014. Jadi perkara yang kita pentingkan sekarang adalah untuk membangunkan masyarakat Malaysia yang mempunyai budaya membaca yang lebih tinggi,” katanya. – Bernama

The post Kadar literasi rakyat Malaysia hampir 95 peratus appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?