Kekuatan Individu Kunci Kebangkitan Umat

IPOH,25 Syaaban, 1438H – “Kekuatan umat itu bermula daripada individu. Apabila individu-individu tersebut berkumpul, maka barulah dapat mewujudkan masyarakat yang kuat”, ujar Sahibus Samahah Ustaz Hj. Zamri Hashim, YDP Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Ipoh.

Terang Ustaz Zamri lagi kekuatan individu Islam adalah apabila mereka dapat mengawal diri sendiri. Apabila tiba bulan puasa dan syaitan dibelenggu, maka kita dapa melihat warna sebenar umat Islam. Walaupun syaitan sudah dibelenggu, perbuatan maksiat masih berleluasa kerana karakter syaitan yang sudah diserap selama 11 bulan selain Ramadan oleh segelintir individu.

Ustaz Zamri yang juga merupakan Timbalan Mufti Negeri Perak berkata demikian apabila ditanya tentang perkaitan puasa dan pembangunan umat. Menurutnya lagi, Allah SWT berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 183 yang bermaksud,

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”

 Dalam surah yang sama pada ayat 178 pula, Allah SWT berfirman yang bermaksud,

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu (melaksanakan) qisas berkenaan dengan orang yang dibunuh….”

Kedua-dua ayat yang diturunkan dari Allah ini mempunyai struktur yang sama tetapi satunya menyuruh berpuasa dan satu lagi menyuruh kepada perlaksanaan qisas. Kedua-dua suruhan tersebut menjadi kewajipan kepada setiap hamba Allah untuk melaksanakannya. Walaupun begitu, Ustaz Zamri menerangkan bahawa perlaksanaan puasa merupakan kewajipan individu manakala perlaksanaan qisas merupakan kewajipan pemerintah yang mana perlaksanaannya dalam peringkat yang berlapis-lapis.

Peringkat-peringkat inilah yang dibentuk oleh individu-individu yang memahami maksud kedua-dua ayat tersebut dengan betul.

Ustaz Zamri bercakap demikian dalam sebuah program ‘Seminar Fiqh-Ramadan’ yang dianjurkan oleh Biro Dakwah Isma Cawangan Ipoh dengan kerjasama persatuan pengamal perubatan Islam (I-Medik) Ipoh dan Surau Al-Ikhlas, Taman Ampang Mewah. Program ini diadakan bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan yang semakin hampir.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?