Kelantan bakal anjur Ijtimak Perpaduan Ummah Rantau Asia Julai depan

KOTA BHARU, 11 Syaaban 1438H, Isnin – Kerajaan negeri Kelantan bakal menganjurkan Ijtimak Perpaduan Ummah Rantau Asia selama tiga hari bermula 21 Julai ini di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata semua pertubuhan dakwah Islam dari seluruh Asia termasuk Indonesia, Jepun, Korea malah pimpinan Hamas turut dijemput menghadiri perhimpunan tersebut.

“Surat jemputan menghadiri ijtimak juga akan dihantar kepada Setiausaha Agung UMNO (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) bagi sama-sama membincangkan pelbagai isu berkaitan Islam,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, sempena ijtimak tersebut, akan turut diadakan seminar dakwah rantau Asia bagi mewujudkan koordinasi seluruh gerakan dakwah serta berkongsi pengalaman, seminar ulama rantau Asia dan mesyuarat jawatankuasa koordinasi.

Ini adalah ijtimak kali ketiga diadakan selepas dua kali diadakan di Terengganu sebelum ini.

“Objektif diadakan Ijtimak ini adalah bagi menonjolkan nilai-nilai universal dan menafikan apa jua tohmahan sehingga mewujudkan Islamofobia.

“Kita juga mahu tonjolkan apa sebenarnya gerakan Islam dan mahu buktikan kita bukannya ekstremis seperti yang dicanang oleh pihak tertentu dengan tujuan menakut-nakutkan,” katanya. – Bernama

The post Kelantan bakal anjur Ijtimak Perpaduan Ummah Rantau Asia Julai depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian