Kementerian Kesihatan tingkat pemantauan produk kurma

KUALA LUMPUR, 2 Ramadan 1438H, Ahad – Kementerian Kesihatan akan meningkatkan pemantauan ke atas produk kurma di pasaran tempatan susulan tular di media sosial buah berkenaan tercemar dengan lipas dan kumbang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata pengguna disaran membaca label serta mengamalkan ‘lihat, hidu dan rasa’ sebelum menikmati makanan bagi mengelak termakan makanan yang rosak atau tercemar.

“Kementerian ingin menasihati pengguna dan orang ramai untuk menggunakan hak dan kuasa pembeli dalam memastikan produk makanan yang dibeli bersih dan selamat,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, mereka boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

“Pengguna juga boleh melayari laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di http://ift.tt/1FEKcuc jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan,” katanya.- Bernama

The post Kementerian Kesihatan tingkat pemantauan produk kurma appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian