Kerajaan negeri mesyuarat minggu depan bincang isu najis babi di Sungai Tuang


MASJID TANAH, 20 Syaaban 1438H, Rabu –  Kerajaan negeri Melaka akan me­ngadakan mesyuarat khas minggu depan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan beberapa agensi terlibat bagi membincangkan dakwaan isu najis babi di Sungai Tuang.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Sazali Muhd. Din berkata, pihaknya ada menerima aduan pencemaran itu, namun Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan ia masih dalam keadaan terkawal.

Ini kerana katanya, terdapat pihak yang sengaja menggembar-gemburkan isu ini untuk kepentingan peribadi.

 “Kerajaan negeri telah mengarahkan JAS dan JPS untuk mengambil tindakan yang perlu berhubung aduan mengenai isu pencemaran di sungai, laut dan pantai di negeri ini dan setakat ini saya dimaklumkan bahawa keadaan di Sungai Tuang adalah terkawal.

“Bagi memastikan isu ini diatasi, kerajaan melaksanakan pendekatan berhemah iaitu mengambil tindakan secara berperingkat-pe­ringkat di mana kita tidak bertindak secara emosi kerana ia melibatkan perkara sensitif iaitu najis babi,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada tindakan penduduk dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilaporkan menye­rahkan memorandum bantahan baru-baru ini.

Mereka mendakwa berlaku pencemaran air dan najis babi dari beberapa kawasan ternakan haiwan itu di sekitar Sungai Tuang.

Susulan itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Abdul Rahman yang menerima memorandum itu memaklumkan kerajaan negeri akan membawa usul mengenai penguatkuasaan Kaedah Pe­lesenan Babi 2017 dalam menangani isu pencemaran bau dan air yang berlaku di sekitar pantai Sungai Tuang dan Telok Gong.

The post Kerajaan negeri mesyuarat minggu depan bincang isu najis babi di Sungai Tuang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian