Kes rasuah di Pulau Pinang meningkat 100 peratus
4 Ramadan 1438H, Selasa – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM) Pulau Pinang memaklumkan, jumlah tangkapan individu terbabit pelbagai kesalahan rasuah di Pulau Pinang meningkat lebih 100 peratus hingga semalam.
Ini kerana, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abdul Aziz Aban berkata, sejak lima tahun lalu purata tangkapan tidak melebihi 40 orang berbanding tahun ini sejak Januari hingga semalam.
Dalam tempoh itu, katanya, seramai 45 individu termasuk 22 penjawat awam ditahan pihaknya.
“Seramai 15 individu adalah pekerja swasta manakala selebihnya adalah orang ramai dari pelbagai pekerjaan lain.
“Saya percaya dengan kerja keras kami serta kerjasama pelbagai pihak mungkin ramai lagi yang ditahan dalam usaha membendung gejala rasuah,” katanya kepada media selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang, di George Town hari ini.
Beliau berkata, sebanyak 29 aduan diterima dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini membabitkan salah guna dan penyelewengan oleh sekolah dan JPN Pulau Pinang, namun hasil siasatan mendapati ia tidak berasas atau tidak menyalahi peraturan yang ditetapkan.
The post Kes rasuah di Pulau Pinang meningkat 100 peratus appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan