Lebih 14,000 polis, askar kawal perbicaraan Ahok hari ini

JAKARTA, 12 Syaaban 1438H, Selasa – Pihak berkuasa Indonesia hari ini mengerahkan kira-kira 14,000 anggota pasukan keselamatan membabitkan polis dan tentera, untuk mengawal apa yang dikatakan sesi terakhir perbicaraan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok, atas dakwaan menghina Islam.

Ahok yang kalah pilihan raya Gabenor Jakarta 19 April lalu kepada bekas Menteri Kabinet Indonesia, Anies Baswedan, dituduh di mahkamah kerana mendakwa lawannya menggunakan ayat al-Quran untuk menipu pengundi.

Pendengaran kes hari ini diadakan di auditorium Kementerian Pertanian di Pasar Minggu, Jakarta Selatan, yang diubah menjadi mahkamah.

Jurucakap Polis Indonesia, Brigadier Jeneral Rikwanto berkata, pasukan keselamatan bukan sahaja ditempatkan di mahkamah sementara, tetapi juga di sekitarnya, termasuk di jalan, pasar dan tempat-tempat lain yang berdekatan di mana orang ramai boleh berkumpul.

“Kami tidak mahu berlaku rusuhan. Kami mempunyai askar untuk membantu. Kami telah memagar laluan keluar masuk ke mahkamah,” katanya.

Katanya, polis menerima maklumat bahawa puluhan ribu penyokong dan penentang Ahok akan mengadakan perarakan hari ini.

“Teruskan. Undang-undang tidak menghalang demonstrasi. Tetapi, jangan terlalu rapat. Hakim tidak boleh takut atau tertekan dalam membuat keputusan,” katanya.

Polis juga menjangkakan puluhan ribu penyokong kedua-dua pihak akan berkumpul sebelum dan selepas keputusan diumum.

Perbicaran terhadap Ahok itu menjadi satu ujian terhadap toleransi beragama di negara paling ramai umat Islam di dunia.

Pendakwa raya Mahkamah Daerah Jakarta bulan lalu menuntut Ahok dikenakan dua tahun percubaan dengan kemungkinan satu tahun hukuman penjara, sejak tuduhan dibuat terhadapnya pada November tahun lalu. – Agensi

The post Lebih 14,000 polis, askar kawal perbicaraan Ahok hari ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian