Letupan di Manchester: Tiga pelajar Malaysia disoal siasat
KUALA LUMPUR, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Wisma Putra mengesahkan menerima laporan mengenai tiga pelajar Malaysia yang ditahan oleh polis Manchester, bagi membantu siasatan letupan bom di Arena Manchester, baru-baru ini.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, pelajar berkenaan dibawa ke Balai Polis Longsight di Manchester untuk disoal siasat kira-kira jam 5.40 petang waktu tempatan.
Mereka kemudian dibebaskan jam 9 malam waktu tempatan, selepas diambil keterangan.
22 Mei lalu, seorang penyerang bunuh diri meletupkan bahan letupan dibawanya ketika konsert penyanyi Ariana Grande di Manchester Arena, London, menyebabkan 22 maut dan berpuluh-puluh lagi cedera.
Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra juga mengingatkan rakyat Malaysia yang menetap di sekitar kawasan yang terjejas supaya sentiasa berjaga-jaga dan patuh kepada arahan pihak berkuasa.
Rakyat Malaysia di sekitar kawasan itu juga dinasihatkan melaporkan diri kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.
The post Letupan di Manchester: Tiga pelajar Malaysia disoal siasat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan