LTSAS dibuka semula

IPOH, 8 Syaaban 1438H, Jumaat – Landasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) yang terpaksa ditutup sejak jam 6.40 petang semalam, dibuka semula sebentar tadi.

Landasan itu terpaksa ditutup hampir 24 jam berikutan berlaku kesan mendapan ketika pemeriksaan rutin dilakukan pasukan teknikal ke atas landasan berkenaan, semalam.

Sejurus selepas ia dibuka semula, penerbangan pesawat Tigerair dari Singapura telah melakukan pendaratan pada jam 5 petang tadi.

Pelepasan pertama pesawat pula dijangka pada jam 5.35 petang, juga membabitkan pesawat dari syarikat yang sama.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, punca sebenar masalah landasan disebabkan hakisan tanah yang terjadi akibat air hujan yang bertakung di bawah tanah selepas hujan lebat.

“Pemeriksaan rutin dilakukan oleh pegawai sebanyak tiga kali sehari dan ketika pemeriksaan dilakukan pada jam 6 petang semalam, didapati satu kawasan seluas 12 sentimeter dengan kedalaman satu meter dikesan di landasan berkenaan.

“Kawasan itu dibaiki dengan digali dan ditambah tanah dan segala kerja baik pulih selesai pada jam 12.30 tengah malam tadi. Landasan yang berlaku hakisan sudah sempurna dibaiki dan selamat digunakan,” katanya selepas membuat lawatan ke lokasi hakisan di lapangan terbang berkenaan di sini, sebentar tadi.

Dr Mah berkata, masalah itu menyebabkan 12 penerbangan pergi balik dari sini tergendala hari ini dan bilangan penumpang yang terjejas pula seramai 846 orang.

The post LTSAS dibuka semula appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?