Lubnan bakal haram filem Wonder Woman, pelakon utama askar Zionis

BEIRUT, 5 Ramadan 1438H, Rabu – Kementerian Ekonomi Lubnan berkata, mereka sudah mengarahkan pihak berkuasa negara itu untuk mengharamkan filem terbaharu – Wonder Woman – kerana pelakon wanita utamanya adalah rakyat Israel, Gal Gadot.

Bagaimanapun, agensi penguatkuasa berkaitan berkata, mereka tidak menerima permintaan rasmi dan pengharaman itu memerlukan cadangan daripada jawatankuasa yang terdiri daripada enam kementerian.

Poster filem itu sudah diedarkan di Beirut. Sekurang-kurangnya sebuah pawagam sudah bersedia membuat tayangan awal filem itu hari ini.

Lubnan secara rasminya berperang dengan Israel dan sudah berdekad memboikot produk negara itu, selain mengharamkan rakyatnya mengunjungi negara Zionis dan mengadakan hubungan dengan rakyat Israel.

Gadot dilaporkan menyertai askar Israel dan menentang Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Netizen yang prihatin terhadap langkah itu kini memulakan kempen memboikot filem terbabit.

Dalam laman Facebook penyokong kempen itu berkata, Gadot selain menjadi askar Israel telah menyatakan sokongan kepada polisi ketenteraan Zionis di Semenanjung Gaza yang ditadbir Hamas.

Dalam Facebooknya, Gadot mendoakan askar rejim Zionis ketika perang Gaza-Israel pada 2014 lalu sambil berkata, askar Israel menggadai nyawa untuk melindungi negaranya daripada tindakan kejam Hamas.

Warner Bros, yang mengeluarkan filem itu, enggan mengulas. – Agensi

The post Lubnan bakal haram filem Wonder Woman, pelakon utama askar Zionis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian