Mahkamah perintah kes bunuh Jong-nam dipindah ke Shah Alam

SEPANG, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memerintahkan kes dua wanita warga Indonesia, Siti Aisyah dan Vietnam, Doan Thi Huong yang didakwa membunuh abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk perbicaraan.

Hakim Harith Sham Mohamed Sham yang bertindak sebagai Majistret, bagaimanapun, tidak menetapkan sebarang tarikh.

Permohonan untuk memindahkan kes dibuat mengikut Seksyen 177A Kanun Acara Jenayah.

Dua tertuduh kes pembunuhan itu tiba di Kompleks Mahkamah di sini, hari ini bagi prosiding sebutan semula kes.

Kedua-dua suspek itu tiba pada pukul 9.03 pagi dengan kawalan ketat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kedua-dua suspek masing-masing dilihat memakai baju kalis peluru.

The post Mahkamah perintah kes bunuh Jong-nam dipindah ke Shah Alam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian