Masalah tunai hantui Obor, China rayu bantuan antarabangsa

HONG KONG, 15 Syaaban 1438H, Jumaat – Bank pusat China mula membuat rayuan kepada pemimpin utama dunia, supaya membantu membiayai program laluan sutera moden – One Belt One Road (Obor)

Infrastruktur dan projek utama lain Obor memerlukan pembiayaan yang kukuh dan sokongan daripada pasaran global amat diperlukan, kata Naib Gabenor People Bank of China, Yi Gang.

Kenyataan Yi Gang dibuat tatkala Forum Kerjasama Antarabangsa Obor bakal diadakan di Beijing Ahad dan Isnin ini, membabitkan pemimpin daripada 29 negara, yang akan mendengar pelan tindakan skim dagangan China.

Permintaan itu, antara yang terawal dibuat oleh pegawai tinggi bank pusat China dalam mengharapkan bantuan kewangan bagi pelaksanaan projek di bawah Obor, sekali gus menunjukkan China kini berada dalam dilema untuk mendapatkan pengaruh lebih besar ketika kelembapan ekonomi dalaman, hutang yang bertimbun dan peningkatan aliran keluar modal.

Sedang pelan telah direka untuk mempercepatkan pembangunan di Asia, Eropah dan Afrika, Bank Pembangunan Asia (ADB) pula berkata, jurang pembiayaan dalam projek yang diperlukan di Asia sahaja pada tahun 2030 ialah AS$26 trilion.

China telah melabur lebih AS$50 bilion di negara-negara yang terbabit dengan Obor, sejak Presiden Xi Jinping memperkenalkan inisiatif itu pada 2013.

Naib Pengerusi Persatuan Bank-Bank China, Pan Guangwei pula berkata, kebanyakan projek dibiayai oleh institusi kewangan China, manakala penyertaan institusi antarabangsa adalah agak terhad.

Banyak infrastruktur membabitkan projek jangka panjang dan memerlukan jumlah pelaburan yang besar. Oleh itu pembabitan bank-bank dasar, institusi peminjam dan institusi pembangunan antarabangsa, amat diperlukan bagi memastikan kemapanan kewangan bagi pelaksanaan projek itu, katanya.

Bagaimanapun, penganalisis berkata, keadaan itu akan mencabar keyakinan pemberi pinjaman antarabangsa untuk terbabit dalam Obor, kerana mereka masih ragu-ragu mengenai kekukuhan projek berkenaan dari segi komersial.

“Saya tidak yakin mengenai penyertaan aktif pihak lain. Apabila mereka percaya inisiatif ini, terutamanya bertujuan meningatkan pengaruh China, daripada menyediakan projek-projek menguntungkan, hanya sedikit yang akan menunjukkan minat,” kata Ketua Strategik Bocom International, Hong Hao.

Katanya, China perlu bergantung kepada penerbitan bon jangka panjang bagi membiayai skim itu.

Bagaimanapun, Pengarah Pusat China dan Globalisasi, Wang Huiyao berkata, aliran kewangan inisiatif Obor tidak akan mapan tanpa penyertaan institusi kewangan antarabangsa.

“China memerlukan modal antarabangsa yang semestinya termasuk institusi kewangan antarabangsa serta pelbagai dana lain, seperti dana pembangunan yang diperoleh daripada negara kaya di Timur Tengah atau bantuan jutawan Asia Tenggara, bagi menggerakkan Obor,” katanya.

Bagi meyakinkannya, Beijing perlu memperjelaskan hasratnya, menyenaraikan projek-projek Obor dan memperkenal beberapa skim perintis menguntungkan bagi menarik pelabur, kata pensyarah kewangan Universiti Renmin di Beijing, Zhao Xijun. – Agensi

The post Masalah tunai hantui Obor, China rayu bantuan antarabangsa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian