MCA 100 peratus Cina ada hubungan rapat dengan Parti Komunis China, kata Tun M

BANGI, 6 Syaaban 1438H, Rabu – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, orang Melayu dan UMNO sebenarnya perlu takut Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, kerana rekodnya bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Menjelaskan kesanggupan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bekerjasama dalam pakatan harapan, bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu berkata, Najib juga telah mengadakan perjanjian ketenteraan dengan China, malah seorang penulis dari China menyatakan bahawa pelabuhan Melaka dan Kuantan yang sedang dibangun modal syarikat China akan diguna oleh tentera laut negara itu.

Beliau yang juga Penasihat Bersatu berkata, kemenangan Najib dan UMNO akan mengikat Kuala Lumpur dengan Beijing, dan Malaysia tidak lagi dapat mengamal dasar luar berkecuali seperti dahulu.

Pakatan harapan turut dianggotai parti rasis dan cauvinis DAP, PKR dan PAN di mana DAP menjadi bahan serangan dan kebencian UMNO yang menyifatkannya sebagai parti Cina dan berjuang semata-mata untuk Cina.

“Yang anehnya parti MCA yang 100% Cina, dan berjuang hanya untuk kepentingan orang Cina tidak ditolak oleh orang Melayu. Walaupun MCA mempunyai hubungan rapat dengan Parti Komunis China, dan kita menolak fahaman Komunis dan telah berperang dengan mereka, ini pun tidak menjadikan MCA musuh kepada UMNO dan ramai orang Melayu.

“Walaupun MCA yang menuntut supaya diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua bagi menjadinya lebih kuat dalam Parti Barisan Nasional, ini juga tidak menarik bantahan dari ahli UMNO dan ramai orang Melayu,” katanya dalam blog beliau, hari ini.

Tun Dr Mahathir juga berkata, Bersatu dan dua lagi parti Melayu dalam pakatan harapan tidak akan mencalonkan wakil bukan Melayu untuk jawatan Perdana Menteri.

The post MCA 100 peratus Cina ada hubungan rapat dengan Parti Komunis China, kata Tun M appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?