Muhyiddin nafi Bersatu tak ada arah tuju

KUALA LUMPUR, 4 Syaaban 1438H, Isnin – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyangkal dakwaan PAS mengatakan parti itu tiada arah tuju.

Beliau berkata, sejak Bersatu ditubuhkan, parti itu lengkap dengan perlembagaan, dasar dan perjuangan dan perkara itu telah dijelaskan kepada akar umbi.

“Kita sudah bergerak di seluruh negara dan sambutan kepada penubuhan Bersatu amat baik dan memberangsangkan.

“Bagi saya mungkin presiden Pas tidak mengetahui situasi dan keadaan sebenar yang ada dalam Bersatu,” katanya,

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media muktamar yang mendakwa PAS tidak akan sesekali bekerjasama dengan Bersatu kerana tidak mempunyai arah tuju dan tidak diketahui status kepemimpinannya.

“Bersatu tak ada ketentuan arah kepimpinan. Tak tahu siapa makmum, siapa imam,” kata Hadi.

Menolak dakwaan itu, Muhyiddin berkata, rata-rata penyokong Bersatu telah faham matlamat dan perjuangan yang didukung parti itu.

“Saya tidak tahu pula mengapa Presiden PAS tidak tahu, mungkin dia yang tak teliti. Dia kata kita celaru, mungkin dia yang celaru.

“Agaknya dia fikir parti kita baru sebab tu dia ada tanggapan sebegitu,” katanya.

The post Muhyiddin nafi Bersatu tak ada arah tuju appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?