Orang ramai dinasihatkan tidak cemas penularan informasi Ransomware ‘Wannacry’

KANGAR, 20 Syaaban 1438H, Rabu – Kementerian Komunikasi dan Multimedia menasihatkan orang ramai agar tidak cemas dengan penularan informasi mengenai ancaman serangan siber Ransomware ‘Wannacry’ yang sedang berlaku di seluruh dunia.

Timbalan Menterinya, Datuk Jailani Johari berkata, sebaliknya orang ramai dinasihatkan merujuk kepada pihak berwajib tentang kesahihan maklumat yang diterima berkenaan perkara berkaitan selain mengambil langkah berjaga-jaga.

“Ramai pihak yang bertanya saya betulkah kononnya mesin juruwang automatik (ATM) akan ditutup selama dua hingga tiga hari akibat serangan siber Ransomware ini.

“Apa yang saya boleh katakan setakat ini, kementerian tidak menerima apa-apa laporan daripada individu atau kumpulan yang menjadi mangsa serangan siber itu, dan apa yang tular itu adalah palsu,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas penutupan Program Asean@YoungFingertips 2017, yang disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Dataran Denai Larian, di sini.

Beliau mengulas berkenaan mesej mengenai mesin ATM ditutup yang meminta orang ramai mengeluarkan wang dalam kadar segera serta mengelak membuat sebarang urus niaga dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa serangan siber itu.

Mengulas lanjut, Jailani berkata bagaimanapun dalam berdepan situasi semasa, orang ramai boleh mengambil langkah meningkatkan ciri keselamatan di komputer masing-masing dengan memasang antivirus selain tidak membuka apa-apa pautan yang mencurigakan,” katanya.

Sementara itu, program Asean@YoungFingertips 2017 yang berlangsung sejak Ahad lepas telah menarik lebih 1,500 pengunjung melibatkan pelbagai program seperti pameran Asean @i-Foto, pemeriksaan kenderaan dan pertandingan mewarna serta aktiviti berkaitan kenegaraan dan budaya komuniti Asean. – Bernama

The post Orang ramai dinasihatkan tidak cemas penularan informasi Ransomware ‘Wannacry’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian