Orang tengah kes rasuah pusat judi, rumah urut direman
PUTRAJAYA, 22 Syaaban 1438H, Jumaat – Seorang lelaki berusia 32 tahun dipercayai menjadi orang tengah dalam memberi perlindungan kepada pengusaha pusat judi dan rumah urut membabitkan beberapa pegawai kanan polis di Melaka.
Majistret Nadia Othman membenarkan perintah reman terhadap suspek bermula hari ini sehingga 24 Mei bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Suspek adalah individu kesebelas ditahan dalam siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kegiatan mengutip wang perlindungan daripada pusat perjudian dan rumah urut di beberapa lokasi di negeri itu.
Sebelum ini, Majistret Muhammad Safuan Azhar memerintahkan empat pegawai polis, termasuk Ketua Polis Daerah Melaka Tengah dan Ketua Polis Daerah Jasin, seorang berpangkat Inspektor dan tiga orang awam direman enam hari bagi membolehkan siasatan dijalankan.
The post Orang tengah kes rasuah pusat judi, rumah urut direman appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan