Palestin larang penceraian di bulan Ramadan

BAITULMAQDIS, 3 Ramadan 1438H, Isnin – Ketua Mahkamah Islam Palestin memerintahkan semua hakim agar tidak membenarkan kes penceraian sepanjang bulan Ramadan ini.

Hakim, Mahmud Habash berkata, arahan itu dikeluarkan berikutan bimbang kepenatan ketika ibadah puasa menyebabkan perkataan yang kurang elok mudah dihamburkan, sekali gus menyebabkan penyesalan di kemudian hari.

Katanya, berdasarkan pengalaman tahun-tahun terdahulu, beliau mendapati ibadah puasa dan larangan merokok cenderung menyebabkan sikap panas baran dan ringan mulut.

“Ada kes, disebabkan tidak makan dan tidak merokok, mencetuskan masalah dalam perkahwinan mereka kerana mereka membuat keputusan terburu-buru,” katanya.

Menurut Pihak Berkuasa Palestin, kira-kira 50,000 perkahwinan diadakan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza pada 2015 tetapi lebih 8,000 kes penceraian juga didaftarkan.

Hanya Mahkamah Syariah sahaja yang berkuasa dalam menguruskan kes penceraian di Palestin. – Agensi

The post Palestin larang penceraian di bulan Ramadan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian