Pegawai kanan polis berpangkat ASP di Melaka direman

PUTRAJAYA, 28 Syaaban 1438H, Khamis – Seorang pegawai polis berpangkat ASP direman tujuh hari bagi membantu siasatan kegiatan mengutip wang perlindungan daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka.

Perintah reman bermula hari ini hingga 31 Mei itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman.

Lelaki berumur 51 tahun itu yang merupakan ketua jabatan di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Melaka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi semalam di Melaka.

Penahanan itu menjadikan 13 individu termasuk sembilan pegawai dan anggota polis di Melaka ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.- Bernama

The post Pegawai kanan polis berpangkat ASP di Melaka direman appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian