Pembantu Guan Eng kena tampar depan masjid

GEORGETOWN, 29 Syaaban 1438H, Jumaat – Gara-gara menganggu himpunan aman membantah campur tangan kerajaan negeri dalam isu fatwa di Masjid Simpang Enam, di sini, seorang pembantu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, ditampar seorang jemaah, selepas solat Jumaat, jam 2.30 petang tadi.

Zaidi Ahmad, bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat major yang kini bertugas sebagai Pegawai Penerangan kepada Guan Eng dilaporkan cuba melakukan provokasi terhadap Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

Ketika kejadian, Ustaz Mohamed Hafiz sedang memberi ucapan pada perhimpunan itu.

Beberapa jemaah cuba menghalang Zaidi daripada terus melakukan provokasi, tetapi tidak dipedulikan, sebelum seorang daripada mereka menampar mukanya.

Kekecohan itu bagaimanapun, berjaya dikawal anggota polis cawangan khas yang berada di lokasi kejadian, sebelum mereka bersurai jam 2.40 petang.

The post Pembantu Guan Eng kena tampar depan masjid appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian