Pemuda Isma ucap Selamat Hari Pekerja

PEMUDA merupakan tonggak utama kepada golongan pekerja di Malaysia. Mengikut Kementerian Sumber Manusia, 63 peratus daripada pekerja di Malaysia adalah golongan yang berumur bawah 40 tahun.
 
Pemuda merupakan harapan kepada sesebuah bangsa dan negara. Jatuh bangun sesebuah negara bergantung kepada kualiti generasi pemuda. Satu perkara yang sangat mendukacitakan apabila kadar pengangguran di Malaysia dimonopoli oleh golongan pemuda. Lebih separuh daripada jumlah pengangguran ini adalah di kalangan pemuda yang berumur 24 tahun ke bawah.
Pemuda Isma percaya bahawa punca utama masalah ini bersangkut paut dengan kualiti generasi pemuda pada hari ini yang semakin menurun, dan diburukkan lagi dengan agenda hedonisme yang dirancang secara tersusun samada di alam realiti mahupun alam maya atau media sosial.
Penyelesaian kepada masalah ini adalah sangat mudah dan jelas iaitu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Tuduhan bahawa pegangan teguh kepada agama hanya membawa kemunduran adalah salah dan merupakan agenda jahat pihak-pihak liberal dan musuh Islam.
Sejarah telah membuktikan bahawa kebangkitan Islam adalah disebabkan pemuda-pemuda yang beriman dan bertaqwa seperti Mus’ab bin Umair yang masih belia telah menjadi naqib kepada masyarakat Islam yang awal di Madinah, Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menakluk Kota Constantinople (Istanbul) pada usia 21 tahun, dan banyak lagi kisah-kisah mengenai pemuda yang menjadi watak utama kepada kejayaan dan kemajuan tamadun islam.
 
Justeru, Pemuda Isma menyeru golongan pemuda Melayu Islam di tanah air ini supaya kembali berpegang teguh dengan ajaran islam yang menggalakkan kemajuan melalui sikap memimpin, berkemahuan tinggi, berdisiplin, kuat berusaha dan lain-lain, untuk menjadi generasi harapan kepada negara Malaysia yang tercinta.
 
 “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”, Surah Ar-Ra’d ayat 11.
 
Selamat Hari Pekerja!
 
Muhammad Farid Hussein
Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia
1 Mei 2017

The post Pemuda Isma ucap Selamat Hari Pekerja appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?