Penganggur dipenjara, denda RM10,000 beri suapan RM101

SEREMBAN, 15 Syaaban 1438H, Jumaat – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan memberi suapan berjumlah RM101 kepada seorang anggota sukarelawan polis, tahun lepas.

Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman tersebut selepas Mohamad Daud Abdullah, 53, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa.

Mengikut fakta kes, Mohamad Daud didakwa memberikan suapan itu kepada Konstabel Peh Chee Chong sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam bersama seorang wanita.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di Jalan S2 G2 Garden Avenue, Seremban 2, di sini, pada pukul 11.20 malam, 9 Jun tahun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Karmila Mokhtar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan enam bulan sekiranya gagal membayar denda selain wang suapan dilucut hak kepada kerajaan Malaysia.- Bernama

The post Penganggur dipenjara, denda RM10,000 beri suapan RM101 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian