Penyokong Hindraf ugut, fitnah pemimpin NGO Islam
BANGI, 19 Syaaban 1438H, Ahad – Seorang penyokong Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) didakwa menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan dan fitnah terhadap Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong Wai Hung.
Katanya, individu terbabit mendakwa beliau terbabit menyokong agenda militan ISIS, Al-Qaeda, mengetahui mengenai kes penculikan Pastor Raymond, menuduh MRM memberi dana kepada Boko Haram di Nigeria, serta menuduh beliau akan melakukan penghapusan.
Tuduhan ini adalah berat, tetapi kami akan teruskan dakwah kerana ini adalah cabaran dalam berdakwah, katanya yang kesal kerana belum ada mana-mana peguam yang sanggup membantu memfailkan saman ke atas individu terbabit.
“Kecewa melihat ramai peguam belum Muslim ke hadapan membantu mereka tetapi apabila kami difitnah dan diugut, tiada peguam Muslim yang sanggup membantu.
“Ini bukan pertembungan bangsa dan agama, ini adalah usaha menyingkirkan kumpulan ekstreimis dari Malaysia. Baik dari Hindu, Buddha, Kristian mahupun Islam. Mereka yang ekstrem dalam mengfitnah dengan tuduhan palsu serta seperti menjadi ejen negara lain dalam mempropagandakan agenda ekstremis negara luar ke Malaysia yang tercinta,” katanya.
Sebelum ini, Firdaus lantang mempertahankan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik yang menghadapi serangan daripada Hindraf. Dr Zakir mendapat taraf penduduk tetap Malaysia selain berjaya menarik perhatian penganut Hindu di negara ini, menyebabkan Hindraf marah dan mengemukakan saman terhadap beliau, selain meminta kerajaan menghalaunya.
Firdaus juga melalui MRM menggesa umat Islam, terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap Hindraf yang disifatkan sebagai ejen kerajaan ekstremis Hindu India.
Firdaus berkata, apa yang berlaku sekarang bukannya Islam melawan Hindu, sebaliknya umat Islam yang cintakan kedaulatan dan keselamatan negara bangkit menentang Hindraf yang seolah-oleh cuba menghuru-harakan negara dengan mengimport fahaman ekstremis parti BJP pimpinan Narendara Modi dan Yogi Adiyanath di India.
“Majoriti penganut Hindu adalah baik. Harap sahabat faham dan fokus pada kumpulan ekstremis sahaja bukan stereotaip semua penganut agama.
“Harap sahabat yang Belum Muslim faham, kita nak mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara dan ancaman ekstremis sebagaimana kami menyuarakan kebimbangan kami terhadap ancaman mana-mana kumpulan ekstremis,” katanya.
The post Penyokong Hindraf ugut, fitnah pemimpin NGO Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan