Perkasa mahu kerajaan pastikan Proton terus lindungi kepentingan negara

KUALA LUMPUR, 28 Syaaban 1438H, Khamis – Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mahu kerajaan memastikan Proton Holdings Bhd terus melindungi kepentingan negara dan memenuhi keperluan vendor Bumiputera.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata demikian susulan penjualan 49.9 peratus saham dalam pembuat kereta nasional itu kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).

Beliau berkata, walaupun Proton masih memiliki 50.1 peratus majoriti saham, Geely pasti akan memainkan peranan besar dalam masa depan syarikat itu.

“Kami faham Proton memerlukan rakan kongsi strategik asing untuk terus bertahan, tetapi kerajaan perlu memastikan kepentingan rakyat Malaysia dan Bumiputera dilindungi.

“Ada ramai pekerja dan vendor Bumiputera. Kita tidak boleh pecat mereka sewenang-wenangnya. Proton perlu terus membina kapasiti dan kemahiran vendor serta pekerja Bumiputera,” katanya yang dipetik daripada portal liberal.

Pada masa sama, Ibrahim berkata, meskipun Proton adalah syarikat swasta, ia masih mendapat manfaat daripada perlindungan kerajaan melalui duti eksais ke atas kenderaan import antara 60% hingga 105%, yang menjadikan kereta tempatan lebih murah berbanding kereta import.

“Jadi, kenapa kerajaan perlu terus melindungi Proton, jika syarikat itu tidak melindungi kepentingan Bumiputera dan Malaysia?” soalnya.

Proton yang ditubuhkan pada 1983 sebagai syarikat automobil pertama negara, bergelut sejak beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.

Semalam, DRB-Hicom dilaporkan menjual 49.9 peratus saham Proton kepada Geely yang merupakan pemilik Volvo Car Group dari Sweden.

The post Perkasa mahu kerajaan pastikan Proton terus lindungi kepentingan negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian