Piala Presiden Isma 2017: Al Farouq FC teringin ‘bertemu’ Az-Zahrah FC

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 12 Syaaban 1438H, Selasa – Pasukan Al Farouk FC menyuarakan hasrat untuk menentang dengan naib juara Piala Presiden Isma 2016, Az-Zahrah FC pada Ogos nanti.

Pengurus pasukannya, Abdul Razak Jantan berkata, Al Farouk FC tidak berkesempatan bertemu dengan pasukan itu tahun lalu, membuatkan beliau mahu mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan Az-Zahrah FC sebelum perlawanan Piala Presiden Isma tahun ini.

“Kita juga berhasrat untuk menentang pasukan Isma Selangor FC (ISFC) ekoran kekalahan kita pada penalti di peringkat separuh akhir tahun lalu.

“Jadi, kita berhasrat untuk adakan perlawanan persahabatan dengan dua pasukan tersebut selepas mereka selesai membuat pemilihan pemain nanti,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Mengulas berhubung persediaan pasukan yang dikendalinya itu, beliau berkata, setakat ini latihan fizikal diteruskan memandangkan pemain terdahulu masih kekal bersama untuk perlawanan tahun ini.

Namun katanya, persiapan lebih banyak tertumpu pada perlawanan persahabatan dengan beberapa pasukan lain bagi mengatur strategi di setiap bahagian terutama serangan dan pertahanan.

“Pada Al Farouk FC, latihan tetap latihan. Itu sudah pasti. Namun, perlawanan persahabatan adalah penting untuk kita atur strategi di bahagian serangan, gol dan pertahanan,” katanya.

Mengulas prestasi Al Farouk FC tahun lalu, beliau akui bangga dengan pasukannya itu meskipun tewas panelti dengan Selangor di peringkat separuh akhir.

“Tahun lepas kita berada di tempat ketiga, dan mengalahkan Johor 4-0. Kita bertemu Selangor di separuh akhir sahaja, namun kita menang semua game di peringkat pasukan.

“Dari segi perlawanan dengan Selangor, saya lihat kita mengawal permainan. Saya lebih percaya main dalam ‘game’ menang berbanding panelti kerana itu adalah nasib.

“Namun, saya tidak kecewa kalah panelti. Pada saya, peringkat separuh akhir untuk ‘raw team’ seperti Al Farouk FC adalah satu pencapaian terbaik,” katanya.

The post Piala Presiden Isma 2017: Al Farouq FC teringin ‘bertemu’ Az-Zahrah FC appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian