Polis jangan takut siasat The Star, kerajaan mesti ambil tindakan tegas: Isma

Ahli politik mesra The Star diingatkan supaya tidak campur tangan

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak perlu takut dalam menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap isu penyiaran berita dan gambar muka depan akhbar berbahasa Inggeris, The Star.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana, Abdul Rahman Mat Dali juga mengingatkan mana-mana ahli politik yang mesra akhbar terbabit supaya tidak mencampuri dan mengganggu proses siasatan yang dijalankan.

“Polis tak perlu takut menjalankan siasatan. Malah, mana-mana ahli politik yang mesra The Star juga jangan masuk campur dengan siasatan ke atas akhbar itu. Kita tahu siapa pemilik akhbar terbabit. Kita harap mereka tidak campur tangan.

“Kita harap kerajaan mengambil tindakan paling tegas supaya menjadi pengajaran kepada The Star dan akhbar lain, termasuk Nanyang Siang Pau. Akhbar terbabit dan beberapa media lain tidak serik menghina dan memprovokasi umat Islam di negara ini. Islam adalah agama Persekutuan, agama utama di negara ini yang perlu dihormati oleh penganut agama lain.

“Jika mereka mahu kita menghormati hak dan kebebasan mereka beragama, maka mereka mesti menghormati agama Islam terlebih dahulu, bukan senang-senang menghina dan kemudian memohon maaf,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.

The Star pada muka depan Sabtu lalu menyiarkan berita bertajuk ‘Malaysian terrorist leader’ dan pada maa sama meletakkan gambar umat Islam sedang melakukan solat Tarawih. Cara penyiaran itu dianggap tidak sensitif kepada Islam, apabila ia kelihatan seolah-olah menggambarkan umat Islam terbabit dengan keganasan.

Berikutan itu, ramai pihak tidak puas hati, malah ada aktivis Islam yang membuat laporan polis mengenainya. Kementerian Dalam Negeri (KDN) kemudian memanggil empat wakil akhbar harian itu untuk memberi penjelasan berhubung laporan berkenaan, dan memberi tempoh tujuh hari bagi mereka menjawab surat tunjuk sebab.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memaklumkan bahawa kertas siasatan terhadap The Star dibuka mengikut Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

The Star hari ini, turut mengumumkan penggantungan tugas Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Leanne Goh, dan Pengarang Eksekutif, Dorairaj Nadason bagi membolehkan siasatan dalaman dibuat.

Mengulas penggantungan dua pengarang kanan berkenaan, Abdul Rahman berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sepatutnya menyekat penerbitan akhbar dan portal The Star sehingga siasatan berakhir sebagaimana yang dilakukan ke atas sebuah portal liberal sebelum ini.

“Pihak pengurusan juga sepatutnya menggantung tugas Wong Chun Wai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarang Urusan Star Media Group. Dia bertanggungjawab sepenuhnya dalam isu menghina Islam,” katanya.

The post Polis jangan takut siasat The Star, kerajaan mesti ambil tindakan tegas: Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian