Polis siasat anggota trafik terima rasuah ketika bertugas

BANGI, 4 Ramadan 1438H, Selasa – Polis kini menyiasat satu video tular di laman sosial berkaitan tindakan seorang anggota polis trafik menerima wang suapan ketika sedang bertugas.

Menerusi rakaman amatur berdurasi tujuh saat itu menunjukkan seorang pemandu meletakkan sesuatu dipercayai wang kertas ke dalam tangan anggota polis trafik berkenaan.

Kejadian berkenaan dipercayai berlaku di Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya memandang serius berhubung perkara itu dan tidak akan berkompromi dengan isu berkaitan integriti.

“Polis Perak tidak akan berkompromi dengan isu-isu integriti dan memastikan tindakan tegas diambil ke atas anggota berkenaan jika didapati melanggar peraturan tugas,” katanya.

The post Polis siasat anggota trafik terima rasuah ketika bertugas appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian