Polis siasat individu seludup senjata untuk Daesh

KOTA BHARU , 14 Syaaban 1438H, Khamis –  Polis menyiasat dakwaan sumber dari Thailand mengatakan terdapat rakyat dari Kelantan terbabit dengan kegiatan menjual senjata seludup kepada militan Daesh. 

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata,  pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh.

“Kami akan jalankan siasatan terperinci bagi mendapatkan maklumat sahih termasuk mengesahkan sama ada dakwaan itu betul atau tidak. 

“Kalau perlukan maklumat dari pihak sana (polis Thailand), kami akan pohon,” katanya dipetik Berita Harian. 

Media sebelum ini melaporkan Muhammad Muzaffa Arieff Junaidi, 27, berasal dari Kampung Gertak, Rantau Panjang, didakwa terbabit dengan militan Daesh dipercayai melarikan diri ke Thailand. 

Muhammad Muzaffa dikatakan terbabit dengan kegiatan penjualan senjata seludup kepada kumpulan itu. 

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu, Muhammad Muzaffa Arieff melarikan diri dengan menyusup masuk ke selatan Thailand dan membawa dua senjata api jenis M-4 Carbine dan pistol. 

The post Polis siasat individu seludup senjata untuk Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian