Rakyat Malaysia di Indonesia dinasihat jauhi tempat tumpuan awam: Duta


KUALA LUMPUR, 28 Syaaban 1438H, Khamis – Rakyat Malaysia yang berada di Indonesia diingatkan supaya berjaga-jaga dan menjauhi tempat tumpuan awam atau dikawal pasukan keselamatan, susulan insiden letupan bom di sebuah terminal bas di Kampung Melayu, Jakarta Timur pada Rabu malam.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi Bernama berkata peringatan itu ditujukan kepada rakyat Malaysia yang bukan hanya berada di sekitar Jakarta malah di lokasi lain di negara berkenaan.

“Kita juga telah minta kerjasama polis Indonesia dalam memastikan tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa, dan setakat ini tiada apa-apa laporan rakyat kita menjadi mangsa,” katanya merujuk kepada insiden yang dilapor mengorbankan lima nyawa termasuk tiga anggota polis.

Turut terbunuh dalam kejadian pukul 9 malam itu ialah dua pengebom bunuh diri.

Semua konsulat Malaysia di negara jiran itu diberitahu supaya menasihati rakyat Malaysia agar menjauhi tempat tumpuan awam atau yang dikawal polis, kata duta yang berpangkalan di Jakarta itu.

Menurutnya, keadaan setakat ini terkawal dengan anggota keselamatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. – Bernama

The post Rakyat Malaysia di Indonesia dinasihat jauhi tempat tumpuan awam: Duta appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian