Rejim Zionis tembak mati remaja perempuan Palestin

JERUSALEM, 12 Syaaban 1438H, Selasa – Anggota separa tentera rejim Zionis, menembak mati seorang remaja perempuan Palestin yang didakwa cuba menyerang mereka dengan pisau di pintu masuk ke bandar lama Jerusalem, semalam.

Kejadian itu adalah yang terbaharu dalam tempoh 19 bulan serangan di jalanan yang dilakukan oleh penduduk Palestin terhadap warga Israel, dan menjadikan Pintu Damascus sebagai saksi paling banyak serangan dilakukan.

Rejim Israel mendakwa mereka turut merampas pisau serta surat ucapan selamat tinggal kepada keluarga remaja itu yang turut memuatkan petikan daripada surah al-Quran mengenai mati syahid.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin berkata, remaja berkenaan, Fatima Hjeiji, 16 tahun, berasal tidak jauh dari Ramallah di kawasan diduduki di Semenanjung Gaza.

Sejak bermulanya gelombang serangan warga Palestin di Israel, Jerusalem dan Tebing Barat pada Oktober 2015 lalu, sekurang-kurangnya 243 warga Palestin terbunuh.

Dalam tempoh itu, 37 warga Israel, dua pelancong Amerika dan pelajar Britain terbunuh. Kekerapan serangan oleh warga Palestin, juga berkurangan sejak kebelakangan ini, tetapi tidak terhenti. – Agensi

The post Rejim Zionis tembak mati remaja perempuan Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian