Reman pegawai kanan Zakat Pulau Pinang disambung empat hari


GEORGE TOWN, 18 Syaaban 1438H, Isnin – Mahkamah Majistret di sini menyambung reman pegawai kanan Zakat Pulau Pinang (ZPP) selama empat hari lagi sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan penyelewengan wang zakat negeri.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid yang membenarkan permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang.

Beliau juga memerintahkan reman seorang lagi pegawai kanan ZPP dilanjutkan.

Kedua-dua pegawai itu tiba di kompleks mahkamah dengan berpakaian lokap SPRM berwarna jingga kira-kira 2.20 petang tadi dan dilihat keluar dari bangunan itu pada 3.15 petang.

Pegawai kanan berusia dalam lingkungan 50-an itu direman bersama-sama 11 individu lain sejak 9 Mei lepas.

– LAGI

ZAKAT-REMAN 2 (AKHIR) BERGAMBAR

Terdahulu pada pagi ini, tiga kontraktor yang turut ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan sama dibebaskan dengan jaminan SPRM masing-masing dengan RM5,000.

Sabtu lepas, SPRM membebaskan enam individu iaitu empat kontraktor dengan jaminan RM5,000 setiap seorang dan dua pegawai ZPP masing-masing dengan jaminan RM10,000 yang turut sama ditahan bagi membantu siasatan .

Semalam, SPRM membebaskan seorang lagi kontraktor dengan jaminan RM5,000.

–BERNAMA

BHA NAK

The post Reman pegawai kanan Zakat Pulau Pinang disambung empat hari appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian