SAYA BENCI PERMAINAN INI!

Bangi, 8 Mei 2017 – Begitulah yang dirungutkan oleh Adik Mohammad Azlan Danis Lee (10 tahun) kepada guru pengiring yang memberi sorakan kepadanya ketika beliau gigih menarik bunting yang diduduki oleh kawannya, Adik Umar Faruq Osman (8 tahun). Saiz badannya yang kecil berbanding kawannya membuatkan lariannya tidak sepantas peserta cawangan lain yang lebih laju mara ke hadapan. Namun begitu, tiada langsung rasa mahu berhenti malah tetap digagahkan juga untuk sampai ke garisan hujung dengan langkah yang sedikit terhuyung-hayang cuba mengimbangi beban berat yang ditarik.

Peserta demi peserta silih berganti dan akhirnya di luar jangkaan sama sekali apabila NAZIM KL berjaya muncul juara dalam acara tarik bunting walaupun ketika awal perlumbaan ketinggalan jauh di belakang.

Acara tarik bunting cuma sebahagian daripada sembilan acara yang dipertandingkan dalam Karnival Sukan Tradisional NAZIM Peringkat Zon Tengah pada 7 Mei lalu yang menyaksikan tujuh cawangan NAZIM berentap merebut gelaran juara.
Dengan kekuatan kontinjen seramai 22 orang, NAZIM KL hanya mampu menghantar peserta bertanding dalam enam acara sahaja. Namun NAZIM KL telah berjaya menjuarai empat acara yang dipertandingkan iaitu tarik banting, baling tin, ceper/penutup botol dan batu seremban.

“Kejayaan ini adalah di luar jangkaan kita sama sekali. Kontinjen kita yang paling sedikit berbanding cawangan lain tetapi anak-anak ini kental dan jiwanya besar, ibarat seperti kecil-kecil cili padi. Saya melihat anak-anak ini berusaha sebaiknya untuk menang, tidak cepat mengalah malah mereka belajar untuk menerima kekalahan dengan lapang dada. Sifat-sifat inilah yang kita mahu semai di usia muda mereka kerana mereka adalah generasi harapan yang akan memimpin masa depan Negara di masa akan datang.” kata Norfaizah Mahmud, Pengerusi NAZIM KL yang turut sama hadir ke karnival ini..

Walaupun tewas kepada Klang dan Gombak yang merangkul gelaran juara dan naib juara keseluruhan, namun usaha gigih adik-adik ini sehingga berjaya merangkul tempat ketiga keseluruhan wajar dipuji. Mereka telah membuktikan bahawa jumlah yang sedikit bukan halangan untuk meraih kemenangan. Diharapkan semoga Kelab NAZIM KL akan terus melangkah dengan lebih melaju di masa hadapan.

“Bersedia Menghadapi Cabaran”

Syazira Hanis Subri
Wartawan Biro Komunikasi dan Multimedia
ISMA Kuala Lumpur

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian