Saya tak hantar mesej hentam Presiden PAS, kata Satiful Bahri

KUALA LUMPUR,11 Syaaban 1438H, Isnin – Bekas Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat, menafikan dia menghantar mesej Whatsapp yang menghentam Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, mesej yang tular itu adalah fitnah untuk menjatuh dirinya.

“Tanda kiamat. Mereka ini tanpa segan silu, tanpa rasa berdosa membuat dan mereka-reka fitnah. Sanggup mereka guna nama ambe (saya) utk (untuk) mengadu domba.

“Dosa mereka ini berpanjangan setiap kali disebar diviral. Insaflah dan bertaubatlah. Allah umpamakan golongan ini sebagai pemakan bangkai yang busuk,” katanya dalam status di Facebooknya.

Kandungan daripada kumpulan WhatsApp yang menjadi tular kononnya mengandungi perbincangan antara Satiful Bahri dengan kepemimpinan parti itu yang antaranya menyatakan Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang terhutang budi dengan UMNO.

Mesej WhatsApp itu didakwa mennggambarkan pergolakan dalam PAS Terengganu yang mana Satiful Bahri dikatakan sedang menggerak sekumpulan ahli untuk keluar parti secara beramai-ramai.

Satiful Bahri adalah antara tiga Pesuruhjaya PAS yang digugurkan dalam rombakan terhadap barisan kepemimpinan AJK parti itu.

Kedudukannya digantikan dengan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Husin Awang.

The post Saya tak hantar mesej hentam Presiden PAS, kata Satiful Bahri appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?